Melaka Ping Pong Divisyen 2-4

Pertandingan Ping Pong Divisyen 2 hingga 4 Piala Jom Aktif 2021 adalah penganjuran buat julung kalinya pada tahun 2021 oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan KZ Event Snd Bhd dengan kerjasama MYM Pro Event dan MSA Sport TTC.

Pertandingan ini bertujuan untk melahirkan masyarakat yang sihat dan aktif melalui program Jom Aktif. Program ini telah berjaya mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan 36 penyertaan dari seluruh negeri Melaka.

Pertandingan telah diadadakan pada 11 April 2021 bertempat di Pusat Latihan Ping Pong Starlight Krubong Melaka. Penganjuran telah dijalankan dengan pematuhan SOP mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Berikut adalah senarai para pemenang:
Johan: Mohd Aisham bin Senin (Kelab Z2H)
Naib Johan: Jaymie Ngow Yu Xuan (Nanyang TTC)
Tempat Ke-3: Kamarul Annuar Bin Mohd Yusoh (Kelab Z2H)
Tempat Ke-3: Lim Zu Ling (Nanyang TTC)
Ke-5 hingga Ke8: Jayden Ngow Yu Xuan (Nanyang TTC)
Ke-5 hingga Ke8: Benjamin Yeo (Nanyang TTC)
Ke-5 hingga Ke8: Hou Yu Fei (Nanyang TTC)
Ke-5 hingga Ke8: Abdul Razak Hamzah (MPMSS)

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Inspektor Khaidir bin Muhammad dan En. Mohd Yusri Bin Misron selaku Ketua Teknikal pertandingan.

Disediakan oleh:
Mohd Yusri Bin Misron
Ketua Teknikal,
Pertandingan Ping Pong Div 2 – 4 Jom Sihat Aktif 2021
(Pusat Latihan Starlight Krubong Melaka)

Para pemenang Melaka Ping Pong Divisyen 2-4 2021
Perlawanan antara Toto Toh dan Azrul Effendi.
Kamarul Annuar membuat pukulan sambil diperhatikan oleh Isabel Lim.
Najib Abdullah menumpukan perhatian untuk membalas pukulan.
Aksi Fiorina Yeo Xiao Qing
Aksi Mohd Khaidir Zaib

Start a Conversation

Your email address will not be published. Required fields are marked *