2021 MSA Rating Game <1100

Pada 11 April 2021 telah berlangsung Kejohanan Pingpong Jom Aktif 2021 bagi kategori Rating 1100 dan ke bawah bertempat di MSA Sport,Petaling Jaya. Ini merupakan kejohanan terakhir sebelum menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Sambutan kejohanan kali ini agak meriah, namun kami terpaksa menghadkan penyertaan kepada 30 orang peserta sahaja. Peserta-peserta yang menyertai kejohanan pada kali ini merupakan peserta peringkat “beginner” dan baru mula berkecimpung dalam sukan pingpong.

Kejohanan kali ini dipecahkan kepada dua (2) sesi dan terdiri daripada enam (6) kumpulan. 2 pemain yang terbaik dari setiap kumpulan akan layak ke pusingan ke-2 iaitu pusingan kalah singkir. Manakala kaedah penentuan kedudukkan untuk ke pusingan ke-2 jika terdapat persamaan jumlah mata adalah melibatkan 2 pemain, sistem “Head-to-Head” dan jika melibatkan lebih dari 2 orang pemain, pengiraan mata set menang akan dibahagikan dengan mata set kalah di antara pemain terlibat sahaja.

Pemenang bagi kejohanan Rating 1100 adalah seperti berikut:
Johan:
Hakeem Idrus

Naib Johan:
Leong Yow Moe

Ke-tiga bersama:
Rahmat Shah
Azhar Kusni

Suku Akhir bersama:
Ibrahim Asmuni
Adi Hakim Adi Nor
Addy Gadaffy Idrus
Ahmad Sadly

Sebelum perlawanan dimulakan,perkara kebiasaan iaitu bergambar bersama para peserta bagi mengeratkan silaturahim dengan mengambil kira penjarakkan sosial dan pematuhan SOP yang ditetapkan pihak penganjur.
Gambar para peserta bagi sesi ke-2.
Dari kiri: Hakeem Idrus, Uthman Afham, dan Adi Hakim, sebelum memulakan perlawanan.

Antara aksi peserta muda, Uthman Afham Awalludin Syah.

Kejohanan Rating 1100 dan Ke Bawah tamat dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang serta sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.

Final Hakeem Idrus VS Leong Yow Moe

Start a Conversation

Your email address will not be published. Required fields are marked *