Ahad, 4 April 2021 telah berlangsung Kejohanan PingPong Jom Aktif 2021 bagi Kategori 15 Tahun dan ke bawah bertempat di MSA Sport, Petaling Jaya. Ini merupakan kejohanan terbuka kepada kanak-kanak seawal usia 5 tahun sehingga 15 tahun.
Sambutan kejohanan kali ini agak meriah, namun penyertaan terpaksa dihadkan kepada 30 orang peserta sahaja. Peserta-peserta yang menyertai kejohanan pada kali ini merupakan peserta yang memang mempunyai minat yang mendalam dalam sukan pingpong khususnya.
Kejohanan kali ini dipecahkan kepada dua (2) sesi yang terdiri daripada enam (6) kumpulan. 2 pemain terbaik dari setiap kumpulan akan layak ke pusingan ke-2 iaitu pusingan kalah singkir. Manakala kaedah penentuan kedudukan untuk ke pusingan ke-2 jika terdapat persamaan jumlah mata adalah melibatkan 2 pemain, sistem “Head-to-Head” dan jika melibatkan lebih dari 2 orang pemain, pengiraan mata set menang akan dibahagikan dengan mata set kalah di antara pemain terlibat sahaja.
2021 MSA Kids U15


Sebelum bersurai, pihak penganjur sempat menemubual salah seorang pemenang dan bapanya agar dapat berkongsi tips kepada peserta yang lain bagaimana mahu memupuk minat sukan pingpong dalam diri anak-anak. Syabas disucapkan!
Antara aksi-aksi menarik yang sempat dirakam sepanjang perlawanan berlangsung:






