Kejohanan PingPong Para 2021

Kejohanan PingPong Para Jom Aktif 2021 Kategori Wheelchair (Kerusi Roda, WC) dan Standing (Berdiri, SD) telah diadakan pada 28 Mac 2021 bertempat di Dewan Cendana , seksyen 27 Shah Alam. Program ini dikelolakan oleh PESRON Selangor dengan kerjasama dari Kelab Pingpong MSA Sport.

Seramai 21 orang pemain telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan PingPong Para Jom Aktif 2021. Walau bagaimanapun, hanya 16 pemain sahaja yang telah hadir pada hari pertandingan kerana beberapa pemain menghadapai masalah tiada pengangkutan ke tempat pertandingan.

Untuk kategori WC Kelas 3-5, seramai 10 pemain telah mengambil bahagian dan kategori kelas SD, seramai 6 pemain berada dalam kategori ini. Format yang dipertandingkan adalah “Round Robin” & “Knock Out”.

Keputusan bagi kategori WC Kelas 3–5:
Juara: Muhamadd Bazli Alias
Naib Juara: Nur Izhar Idham
Ke-3 Bersama: Muhammad Haziq Chek Mat & Mohamed Firdaus Sabudin

Keputusan bagi kategori SD Kelas 6–10:
Juara: Mohd Syazreel Amri Mohd Ariffin
Naib Juara: Afzannizam Ismail
Ke-3 Bersama: Amanina
Ke-3 Bersama: Muhammad Syammir Yaakub

Para pemain memanaskan badan sebelum perlawanan bermula.
Dari kiri: Fadzriq Izzardy, Muhammad Haziq, dan Faiz Fazmi.
Mr. Chang, antara individu yang bertanggungjawab menjayakan Pertandingan Ping Pong Para JomAktif 2021.
Rahimah Andungai
Nur Izhar Idham

Start a Conversation

Your email address will not be published. Required fields are marked *