2021 MSA Rating Game <1600

Pada Ahad yang lalu, 28 Mac 2021 telah berlangsung Kejohanan Pingpong Jom Aktif 2021 bagi kategori Rating 1600 dan ke bawah bertempat di MSA Sport,Petaling Jaya.

Bagi peminat pingpong sudah semestinya tidak melepaskan peluang untuk menyertai kejohanan ini, memandangkan kategori yang dipertandingkan kali ini Rating 1600 dan ke bawah.  Kebanyakan peserta menyertai kejohanan kali ini kerana level yang dipertandingkan agak tinggi dan cabaran yang agak sukar untuk menang dalam satu perlawanan juga sengit.

Penyertaan kali ini seramai 45 orang peserta. Kejohanan kali ini dipecahkan kepada beberapa sesi dan terdiri daripada sembilan (9) kumpulan. 2 pemain yang terbaik dari setiap kumpulan akan layak ke pusingan ke-2 iaitu pusingan kalah singkir. Manakala kaedah penentuan kedudukkan untuk ke pusingan ke-2 jika terdapat persamaan jumlah mata adalah melibatkan 2 pemain, sistem “Head-to-Head” dan jika melibatkan lebih dari 2 orang pemain, pengiraan mata set menang akan dibahagikan dengan mata set kalah di antara pemain terlibat sahaja.

Keputusan Keseluruhan Kejohanan:
Johan: Ramzi bin Mohd Nazeri

Naib Johan: Md Zamzuri bin Abd Kadir

Tempat ke-tiga bersama:
Amirul Razif bin Suhalmi
Afiq Abdullah

Suku Akhir bersama:
Farhan Hadi bin Mohd Taib
Azan Kamaruzaman
Hilman Norman bin Insanul Kamil
Muhammad Nasir

Para pemenang bagi Kategori Rating 1600 dan ke bawah. Masing-masing menampakkan keceriaan diwajah setelah berhempas pulas bertarung dalam perlawanan masing-masing.
Wang kemenangan dan pingat.
Pemain-pemain sesi 1.
Pemain-pemain sesi 2.
Pemain-pemain sesi 3.

Antara peserta yang pernah bertanding di peringkat negeri bagi Negeri Terengganu & Negeri Kedah. Tidak kurang juga menunjukkan corak permainan yang menggerunkan pihak lawan.

Afiq Abdullah
Amirul Razif Suhailmi
Usai sesi penyampaian hadiah, pihak penganjur mengadakan sesi temubual bersama para pemenang secara FB Live.
Usai sesi penyampaian hadiah, pihak penganjur mengadakan sesi temubual bersama para pemenang secara FB Live.
Temuramah Ramzi Mohd Nazeri (johan) bersama Suhaidin Azhar, Pengerusi Kelab Ping Pong MSA Sport
Temuramah Md Zamzuri Abd Kadir (naib johan) bersama Suhaidin Azhar, Pengerusi Kelab Ping Pong MSA Sport

Kejohanan ini tamat pada sebelah malam. Masing-masing berpuas hati dengan keputusan perlawanan dan berharap semoga kejohanan seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa hadapan.

Start a Conversation

Your email address will not be published. Required fields are marked *