2021 MSA Rating Game <1300

PETALING JAYA – Kejohanan Ping Pong JomAktif 2021 telah diadakan pada 21 Mac 2021 bertempat di MSA Sport Centre, Petaling Jaya. Kejohanan ini dikelolakan oleh Muhamad Suhaidin Azhar bin Bidin, Pengerusi Kelab Ping Pong MSA Sport.

Buat pertama kalinya sistem Rating diperkenalkan dalam pertandingan pingpong yang mana sebelum ini sistem rating hanya diguna pakai bagi pertandingan peringkat kebangsaan sahaja. Semua pemain yang bertanding diwajibkan menghantar rating kepada pihak International Table Tennis Federation (ITTF) bagi mengukur tahap kemahiran pemain mengikut skill yang ditetapkan.

Kejohanan kali ini bagi Kategori Rating 1300 dan ke bawah. Penyertaan bagi kategori ini hanya dibuka kepada 30 peserta sahaja memandangkan negeri Selangor masih lagi dikenakan PKPB. Format yang dipertandingkan adalah “Round Robin” & “Knock Out”. 2 pemain terbaik setiap kumpulan layak ke pusingan ke-2 (kalah singkir). Kaedah penentuan kedudukan untuk ke pusingan ke-2 jika terdapat persamaan jumlah mata yang melibatkan 2 pemain, iaitu sistem  Head-to-Head”. Jika melibatkan lebih dari 2 pemain, pengiraan mata set menang dibahagikan dengan mata set kalah di antara pemain terlibat sahaja.

Keputusan Keseluruhan Kejohanan:
Johan:
Sheh Amir bin Ahmad Yusriza

Naib Johan:
Zaidi bin Abdullah

Tempat ke-tiga bersama:
Rifa’ei bin Othaman
Muhammad Ruyani bin Ibrahim

Suku Akhir bersama:
Nur Amirul Aiman bin Noor Azam
Muhammad Ikhwan bin Muhammad Hanapi
Muhamad Afif bin Ahmad Rosdi
Jimdey Kwan Kok Ling

Para pemenang kategori rating 1300 dan ke bawah.
Barisan urusetia MSA Sport yang bertungku lumus berkorban masa dan tenaga bagi memastikan hari kejohanan berjalan dengan lancar.
Sesi pertama dimulakan. Saingan agak sengit bagi sesi ini. Semua pemain kelihatan begitu bersemangat agar terpilih untuk pusingan yang kedua.
Suasana ketika kejohanan berlangsung.
Antara peserta paling muda bagi Kategori Rating dibawah 1300 iaitu adik Umar Thaqif (13 tahun).

Peserta wanita turut mengambil peluang menyertai kejohanan ini.

Zalina Mustaffa
Jackie Lim
Rosyati Mohamed

Start a Conversation

Your email address will not be published. Required fields are marked *